FLOWER

Selasa, 17 April 2018

PROGRAM JALINAN KASIH💕💞

16 APRIL 2018- Seramai 35 orang pelajar Kolej Ketengah telah terlibat dengan aktiviti ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara pelatih di PDK AMBS dengan mahasiswa Kolej Ketengah. Pelajar Kolej Ketengah bersama-sama membersihkan kawasan PDK AMBS sambil dibantu oleh para pelatih.

Program ini dibantu oleh Ahli Bomba dan Penyelamat bagi meringankan beban para mahasiswa dengan melakukan kerja-kerja yang berat seperti mencantas dahan pokok dan menebang pokok.



TENTATIF PROGRAM 

7:30 pagi - semua mahasiswa berada di PDK

8:00 pagi - Senamrobik

8:30 pagi -  gotong royong

10:00 pagi - makan dan rehat

10:30 pagi -  gotong royong

12:00 pagi - bersurai






Isnin, 16 April 2018

MENYANYI🎶🎤



Bahan-bahan :

Pembesar suara
LCD
Laptop


Cara-cara :
1. Guru menunjukkan video Didi & Friend kepada kanak-kanak yang bertajuk " PAPAKU PULANG  DARI KOTA"
2. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menghayati lirik lagu tersebut.
3.Guru bertanyakan mengenai video yang ditayangkan sebentar tadi.
4. Kanak-kanak menjawab pertanyaan guru berdasarkan apa yang mereka lihat.
5. Guru meminta kanak-kanak supaya berdiri untuk menyanyikan lagu "PAPAKU PULANG DARI KOTA"
6. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama dengan guru sambil membuat pergerakan bebas
7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak setelah selesai menyanyi

Jumaat, 13 April 2018

PROGRAM KOMUNITI BERSAMA TABIKA KEMAS AMBS 2018

 12 APRIL 2018- Program ini telah diadakan di Tabika Anggerik AMBS. Seramai 35 orang kanak-kanak telah hadir ke program tersebut. kanak-kanak tersebut terdiri daripada pelajar di tadika-tadika berdekatan. antaranya adalah tabika seroja 1&2, tabika Anggerik, tadika Taman Setia, Tabika Taman Madani, Tabika Bunga Raya 1&2.



Disamping itu juga, program dekorasi mecantikkan tabika juga dijalankan. sramai 54 orang mahasiswa daripada Kolej Ketengah terlibat dalam menjayakan dekorasi tersebut. Gotong royong juga diadakan bagi membersihkan kawasan tabika.



TENTATIF PROGRAM

7:30 pagi - Pendaftaran

8:00 pagi - Perasmian oleh Encik Emisham bin Embong
                  Ketua Pegawai Ekskutif Kolej Ketengah.

8:30 pagi - Makan Pagi.

9:00 pagi - Simulasi Haji Cilik
                - Dekorasi (batch 7)

10:30 pagi - Gotong Royong ( batch 5)

11:30 pagi - Penyampaian cenderamata

1:00 tgh hari - Makan tengah hari
                     - Bersurai



Sabtu, 7 April 2018

TEATER MUZIKAL🎬

Bahan- bahan :
-Pembesar suara
-Pemancar cahaya
-Kostum
-Laptop
-Pentas

Cara-cara :
1. Guru menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat teater muzikal kepada kanak-kanak.
2. Guru menyediakan kostum kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan watak masing-masing
3. Guru meminta kanak-kanak mempersembahkan teater muzikal di atas pentas.
4. Kanak-kanak diberi peluang untuk melakonkan watak masing-masing.
5. Guru melihat dan memantau pergerakkan kanak-kanak semasa mempersembahkan teater muzikal.
6. Selepas mempersembahkan kanak-kanak menyanyi dan menari bersama rakan-rakannya.









Selasa, 3 April 2018

ORIGAMI🐰🐦🐟

BAHAN-BAHAN
Gunting
kertas warna
 Pembaris
marker



CARA-CARA

 1) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
 2) Guru mengedarkan kertas warna kepada setiap murid.
 3) Murid diberi peluang memilih kertas warna yang disukai.
 4) Guru menunjukkan satu demotrasi origami kepada murid-murid.
 5) Guru meminta murid-murid membuat 3 origami yang berlainan bentuk.
 6) Murid diberi peluang untuk membuat origami yang mereka disukai.
 7) Guru memantau pergerakkan dan membimbing murid membuat aktiviti sehingga siap.

PROGRAM JALINAN KASIH💕💞

16 APRIL 2018- Seramai 35 orang pelajar Kolej Ketengah telah terlibat dengan aktiviti ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan s...