16 APRIL 2018- Seramai 35 orang pelajar Kolej Ketengah telah terlibat dengan aktiviti ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara pelatih di PDK AMBS dengan mahasiswa Kolej Ketengah. Pelajar Kolej Ketengah bersama-sama membersihkan kawasan PDK AMBS sambil dibantu oleh para pelatih.Program ini dibantu oleh Ahli Bomba dan Penyelamat bagi meringankan beban para mahasiswa dengan melakukan kerja-kerja yang berat seperti mencantas dahan pokok dan menebang pokok.
TENTATIF PROGRAM 7:30 pagi - semua mahasiswa berada di PDK
8:00 pagi - Senamrobik
8:30 pagi - gotong royong
10:00 pagi - makan dan rehat
10:30 pagi - gotong royong
12:00 pagi - bersurai








